suria

Michelle Koh Muncul Pemain Amatur Terbaik LPGA Sime Darby

Michelle Koh bergambar bersama trofi selepas dinobatkan sebagai pemain terbaik Amatur Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia 2013 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) di Kuala Lumpur, Ahad. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain amatur nombor satu negara Michelle Koh menjadi pemain amatur dan pemain Malaysia terbaik pada kejohanan golf LPGA Sime Darby 2013 yang berakhir di Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara pada Ahad.

Pemain berusia 23 tahun dari Kuantan ini membuat tiga atas 74 untuk pusingan pada Ahad bagi mengumpul mata keseluruhan empat hari 10 atas 294 yang menempatkan beliau di kedudukan ke-60 kseluruhan.

"Saya mampu meningkatkan permainan dan membuat pungutan mata yang munasabah," katanya kepada pemberita selepas menerima trofi daripada Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam.

Koh yang bermain atas jemputan pihak penaja berkata beliau gembira bermain di kejohanan ini kerana mendapat pendedahan terbaik apabila dapat bertanding dengan nama-nama besar.

"Saya banyak dapat belajar dari pro, cara mereka bermain dan melihat cara saya dan mereka, saya perlu meningkatkan permainan saya," katanya.

Pemain Amerika Syarikat, Cindy Lee-Pridgen menduduki tempat kedua dan ke-67 keseluruhan dengan mengumpul mata keseluruhan 25 atas 309 dan membawa pulang AS$4,596 (RM14,601).

Aretha Pan Herng dan Ainil Johani Abu Bakar pula masing-masing membuat 26 atas 310 serta menduduki bersama tangga ke-68 keseluruhan dan masing-masing menerima AS$4,444 (RM14,118). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain