suria

Piala FA: Penyokong Kelantan, JDT Tiba Awal

Penyokong Kelantan
Penyokong Kelantan
Penyokong Kelantan

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak sanggup berkampung di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini sejak semalam kerana tidak ingin melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) Sabtu malam.

Zainuddin Ibrahim, 25, dari Tanah Merah, Kelantan berkata beliau bersama tiga rakannya tiba di Kuala Lumpur lewat malam semalam dan bermalam di perkarangan stadium itu.

"Setiap kali ada perlawanan akhir membabitkan pasukan The Red Warriors, saya bersama rakan-rakan akan berkonvoi ke ibu kota sehari lebih awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas," katanya kepada Bernama.

Zainuddin berkata beliau mendapat lebih kepuasaan apabila menyaksikan sendiri perlawanan di stadium berbanding menonton di kaca televisyen.

"Saya harap pasukan Kelantan mampu mengekalkan kejuaraan pada musim ini bagi tidak menghampakan sokongan dan pengorbanan seluruh peminat bola sepak Kelantan," katanya.

Sementara itu, penyokong setia pasukan Johor DT, Haikal Ismail, 40, berkata perlawanan akhir Piala FA ini cukup penting bagi pasukan Harimau Selatan itu setelah menanti selama 15 tahun untuk mara ke perlawanan akhir.

Haikal, dari Batu Pahat, berkata beliau dan rakan-rakannya mula tiba di Stadium Nasional sejak 3 pagi tadi bagi mengelak kesesakan.

Beliau berharap keputusan perlawanan malam ini bakal melakar sejarah baharu buat bola sepak Johor.

Artikel Lain