suria

Raikkonen Ketuai Barisan Pemandu F1

PUSINGAN pertama Formula Satu Grand Prix Australia Ahad lalu memberi khabar di luar jangkauan apabila pelumba Lotus, Kimi Raikkonen melakar kejayaan sulung musim ini dengan trofi kejuaraan di Melbourne.

Selepas aksi pusingan kelayakan, peminat-peminat F1 pastinya menyasarkan dua pelumba Red Bull, Sebastian Vettel yang telah menampilan dominasi yang baik sebelum itu, namun rakan sepasukannya, Mark Webber terkeluar dari kedudukan kedua ke tempat ketujuh, sekali gus menyaksikan Felippe Massa dan Fernando Alonso (Ferrari) mara ke tempat kedua dan keempat.

Namun Raikkonen ketika lebih tenang pada pusingan pembukaan ini dengan menguasai perlumbaan biarpun ada beberapa lap dia mengekori pelumba lain.

Dengan kemangan ini, Raikkonen berjaya mengutip 25 mata, Alonso (18), Vettel (15), Massa (12),Hamilton (10), Webber (8), Sutil (6) Di Resta (4), Button (2) dan Grosjean 1 mata.

Manakala Ferrari mengetuai barisan pengeluar dengan 30 mata, Lotus (26, Red Bull (23) Mercedes dan Force India (10) dan McLaren (2).

KEDUDUKAN PENUH PENGELUAR SELEPAS PUSINGAN PERTAMA

1.Ferrari 30 mata

2.Lotus-Renault 26

3.Red Bull Racing-Renault 23

4.Mercedes 10

5.Force India-Mercedes 10

6.McLaren-Mercedes 2

7.STR-Ferrari 0

8.Sauber-Ferrari 0

9. Williams-Renault 0

10.Marussia-Cosworth 0

11.Caterham-Renault 0

KEDUDUKAN PENUH PELUMBA SELEPAS AKSI PUSINGAN PERTAMA:

1. Kimi Räikkönen -Lotus-Renault 25 mata

2. Fernando Alonso - Ferrari 18

3. Sebastian Vettel - Red Bull Racing-Renault 15

4. Felipe Massa - Ferrari 12

5. Lewis Hamilton - Mercedes 10

6. Mark Webber Red Bull Racing-Renault 8

7.Adrian Sutil Force India-Mercedes 6

8.Paul di Resta Force India-Mercedes 4

9.Jenson Button McLaren-Mercedes2

10.Romain Grosjean Lotus-Renault 1

11.Sergio Perez McLaren-Mercedes 0

12. Jean-Eric Vergne - STR-Ferrari 0

13.Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 0

14. Valtteri Bottas Williams-Renault 0

15. Jules Bianchi Marussia-Cosworth 0

16.Charles Pic Caterham-Renault 0

17.Max ChiltonMarussia-Cosworth 0

18.Giedo van der Garde Caterham-Renault 0

19.Daniel Ricciardo STR-Ferrari 0

20.Nico Rosberg Mercedes 0

21.Pastor Maldonado-Williams-Renault 0

22. Nico Hulkenberg -Sauber-Ferrari 0

Artikel Lain