suria

Undian Pusingan Keempat Piala FA Inggeris

CHELSEA akan meneruskan perjuangan mempertahankan satu-satunya piala yang masih berada di dalam genggaman mereka iaitu Piala FA dengan bertandang ke Southend atau Brentford.

Dalam undian yang dijalankan malam Ahad, juara Liga Perdana, Manchester City telah diundi untuk bertemu sama ada Crystal Palace atau Stoke City manakala Manchester United akan menjadi hos sama ada kepada Fulham atau Blackpool sekiranya mereka menang ke atas West Ham dalam perlawanan ulangan nanti.

Dalam perlawanan pusingan ke-3 pada Sabtu, United dan West Ham seri 2-2.

Dalam undian yang lain, Tottenham akan bertemu sama ada Birmingham atau Leeds United, Liverpool akan bertandang ke Oldham.

Dalam perlawanan awal pagi Isnin, Liverpool menewaskan Mansfield 2-1.

Kesemua perlawanan pusingan keempat akan dilangsungkan pada 26-27 Januari.

BERIKUT ADALAH UNDIAN PENUH PUSINGAN KEEMPAT:

> Norwich lwn Luton

> Oldham lwn Liverpool

> Macclesfield lwn Wigan atau Bournemouth

> Derby lwn Blackburn

> Hull City atau Leyton Orient lwn Barnsley

> Middlesbrough lwn Aldershot

> Millwall lwn Aston Villa

> Leeds atau Birmingham lwn Tottenham

> Brighton lwn Swansea atau Arsenal

> Crystal Palace atau Stoke lwn Manchester City

> West Ham atau Manchester United lwn Fulham atau Blackpool

> Southend atau Brentford lwn Chelsea

> Reading lwn Sheffield United

> Huddersfield lwn Leicester

> QPR atau WBA lwn Sheffield Wednesday atau MK Dons

> Bolton atau Sunderland lwn Cheltenham atau Everton

Artikel Berikut

ATM Juara Piala Sumbangsih

Artikel Lain