suria

Pandelela Antara Lapan Penerima Anugerah Ikon Generasi Muda

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg adalah antara lapan penerima anugerah Ikon Generasi Muda pada Himpunan 55 tahun Merdeka: Janji Ditepati di sini, malam Jumaat.

Selain Pandelela, 19, penerima anugerah lain bagi bidang sukan ialah pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David manakala penerima anugerah generasi muda kategori belia, Muhammad Zhariff Afandi, 29, turut menerima anugerah itu yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Olimpik London baru-baru ini, Chong Wei meraih pingat perak setelah tumpas kepada musuh ketatnya Lin Dan dari China, manakala Pandelela mencipta sejarah apabila muncul atlet pertama selain daripada acara badminton memenangi pingat gangsa menerusi acara terjun platform 10 meter.

Ratu terjun negara itu yang berasal dari Kampung Jugan, Bau, Sarawak dilahirkan pada 2 Mac 1993.

Pandelela berkata pengiktirafan beliau sebagai ikon sukan negara diharap dapat memberi inspirasi kepada golongan belia di negara ini.

"Bagi saya sambutan kemerdekaan tahun ini lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai rakyat Malaysia di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Selain itu, tiga penerima anugerah pencapaian cemerlang sepanjang zaman yang disampaikan Perdana Menteri ialah bekas pemain bola sepak Wong Chye Fook. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azman Kembali Sertai MMER

Artikel Lain