suria

Thunderbolt! Usain Bolt Rangkul Emas 100 Meter Untuk Kali Kedua Berturut-turut

Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt membuktikan kehebatannya apabila merangkul emas dalam acara 100meter pecut lelaki akhir dengan mencatatkan masa, 9.63 saat sekaligus menjadikan beliau atlet pertama yang merangkul pingat emas dua kali berturut-turut bagi acara trek pada Sukan Olimpik 2012.

LONDON: Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt membuktikan kehebatannya apabila merangkul emas dalam acara 100 meter pecut lelaki akhir dengan mencatatkan masa,9.63 saat.

Masa yang dicatatnya itu adalah rekod baru Sukan Olimpik.Catatan masa itu memadam rekod lama miliknya yang dicipta empat tahun lalu di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pada Sukan Olimpik 2008, Bolt lari dengan kepantasan 9.69s dalam acara 100m, 19.30s (200m) dan mencipta rekod 4×100m dengan masa 37.10s.

Selain rekod Olimpik, Bolt, 25, juga adalah pemegang rekod dunia dengan catatan 9.58 yang dicapainya di Berlin pada tahun 2009.

Bagaimanapun acara akhir 100m pada Sukan Olimpik kali ini adalah yang paling unik dan istimewa kerana ia membariskan lima pelari yang pernah mencatatkan masa terbaik dunia - iaitu Bolt (9.58), Gay (9.69), Powell (9.72) dan Blake (9.75).

Namun begitu, keputusan kali ini turut menjadikan Bolt sebagai atlet kedua yang merangkul pingat emas dua kali berturut-turut bagi acara trek pada Sukan Olimpik.

Carl Lewis adalah atlet pertama yang memenangi pingat emas 100m sebanyak dua kali iaitu pada Sukan Olimpik LA 1994 dan 1998.

Sementara itu Yohan Blake dari Jamaica merangkul pingat perak dengan catatan masa 9.77 saat.

Justin Gatlin dari Amerika Syarikat sekadar berpuas hati di tempat ketiga dengan 9.79 saat.

Dalam reaksinya, Bolt berkata, dia tahu akan memenangi larian 100 meter di London.

"Saya gembira, apabila saya masuk ke pusingan pertama, saya sudah merasai yang saya boleh melakukannya," katanya selepas menang acara 100m.

Sementara itu, bekas pemegang rekod dunia, Asafa Powell hanya mampu sekadar mencatat masa 11.99 saat ekoran kecederaan.

Seandainya beliau tidak dihantui dengan masalah itu dan mencatat di bawah masa 10 saat, pertandingan kali ini akan tercatat dalam sejarah sebagai yang pertama semua peserta akhir mencatat masa di bawah 9 saat.

KEPUTUSAN PENUH 100 METER AKHIR LELAKI:

1. Usain Bolt (Jam) 9.63

2. Yohan Blake (Jam) 9.75

3. Justin Gatlin (USA) 9.79

4. Tyson Gay (USA) 9.80

5. Ryan Bailey (USA) 9.88

6. Churandy Martina (Hol) 9.94

7. Richard Thompson (Tri) 9.98

8. Asafa Powell (Jam) 11.99

Usain Bolt, Sukan Olimpik, Berlin

Artikel Lain