suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Inter Milan Pecat Ranieri

Claudio Ranieri
Claudio Ranieri
Claudio Ranieri

ROM: Inter Milan pada Selasa memecat jurulatihnya, Claudio Ranieri susulan prestasi buruk yang dicatatkan kelab itu dalam perlawanan liga Itali, Serie A.

Malah, Inter Milan turut berdepan dengan tugas sukar bagi memastikan gergasi Serie A itu dapat melayakkan diri bagi menyertai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

The Nerazzuri tewas enam daripada 10 perlawanan terakhir mereka.

Lebih mengejutkan, Inter terpaksa menamatkan saingan di pentas Eropah dalam kelompok 16 pasukan terakhir selepas kecundang di tangan Marseille.

Jurulatih pasukan remaja, Andrea Stramaccioni akan mengambil alih tugas Ranieri buat sementara waktu.

Presiden Inter, Massimo Moratti memutuskan untuk memecat Ranieri selepas kelab itu ditundukkan Juventus 2-0 dalam saingan liga, Ahad lalu.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Claudio Ranieri di atas sikap profesional, dedikasi dan keikhlasan beliau sepanjang mengemudi kelab ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan Inetr Milan.

Artikel Lain