suria

Alonso Juara Grand Prix Malaysia Petronas 2012

Fernando Alonso di garisan penamat muncul juara mendahului dalam pusingan kedua Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang. REUTERS

SEPANG: Edisi-14 perlumbaan berprestij dunia, Grand Prix Malaysia Petronas 2012 menyaksikan pelumba dari pasukan Ferrari, Fernando Alonso dinobatkan sebagai juara pada pusingan kedua Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.

Selepas 50 minit perlumbaan terpaksa dihentikan akibat hujan lebat, Alonso bangkit menguasai litar sepanjang 5.543 kilometer ini dengan mencatatkan 2:44:51.812.

Tempat kedua diraih oleh pelumba Sauber, Sergio Perez, manakala turut menaiki podium di tempat ketiga ialah Lewis Hamilton (McLaren Mercedes).

Kemenangannya ini merupakan gelaran keduanya dalam Grand Prix Malaysia dan pencapaian hebat dalam 28 tahun kariernya.

Alonso memenangi Grand Prix Malaysia pertama pada 2007 ketika bersama dengan McLaren Mercedes.

Pelumba kelahiran Sepanyol ini juga kini menjadi pendahulu kejohanan dunia ini dengan 35 mata, lima mata di hadapan Hamilton.

Sementara itu, pemenang musim pembukaan Jenson Button tidak memenangi sebarang mata selepas berlanggar dengan Narain Karthikeyan dari pasukan HRT F1 Team dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-14.

Manakala pemandu pasukan Lotus F1 Team dan juara dunia 2007, Kimi Raikkonen mencatatkan masa pusingan terpantas dengan 1:40.722s pada pusingan 53.

Artikel Lain