suria

Fernando Torres Akhirnya Jaringkan Gol Selepas Hampir 5 Bulan

FERNANDO TORRES, pemain Chelsea bernilai £50 juta yang gagal menjaringkan gol sejak Oktober tahun lalu atau bersamaan dengan 25 jam permainan kini berasa lega selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris malam Ahad menentang Leicester City.

Kata Fernando, pengurus baru, Roberto Di Matteo telah menyuntik semangat baru dalam dirinya.

Perlawanan itu juga adalah kemenangan yang keempat berturut-turut buat Di Matteo sejak mengambil alih jawatan pengurus sementara Chelsea.

Di Matteo telah dilantik sebagai pengurus sementara Chelsea mengantikan Andre Villas-Boas yang dipecat selepas hanya 18 bulan memimpin kelab berkenaan.

Andre Villas adalah pengurus yang ketujuh dipecat oleh Chelsea dalam tempoh lapan tahun.

Torres yang menerima gaji sebanyak £180,000 seminggu bermain dengan penuh yakin dan semangat baru dan memperlihatkan gerakan yang menjadikannya pemain Sepanyol paling bernilai suatu ketika dahulu.

Chelsea menundukkan Leicester 5-2 dalam perlawanan itu.

jaringan gol tersebut juga sangat bermakna buat Torres yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada Selasa.

kali terakhir Torres menjaringkan gol untuk Chelsea ialah dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang kelab dari Belgium, Genk pada 19 Oktober tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain