suria

Ahli Kelab Basikal LeTua Maut Dirempuh Kereta

Keadaan basikal mangsa selepas dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga, awal pagi Ahad.
Keadaan basikal mangsa selepas dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga, awal pagi Ahad.
Keadaan basikal mangsa selepas dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga, awal pagi Ahad.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur Taman Melawati di sini pagi Ahad.

Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nombor pendaftaran kereta WCK 2290 turut ditemui berhampiran mangsa.

Menurut rakan mangsa yang juga ahli kelab tersebut, Sazali Sulaiman, 45, ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak untuk bersama mereka.

“Ketika melalui lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mangsa mati di tempat kejadian setelah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Saga yang kemudian melarikan diri.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai memandu secara berbahaya," katanya.

Beliau turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Rafizi telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain