suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Kukuh Cengkaman Selaku Pendahulu EPL

Javier Hernandez (depan) menjaringkan dua gol untuk United.
Javier Hernandez (depan) menjaringkan dua gol untuk United.
Javier Hernandez (depan) menjaringkan dua gol untuk United.

LONDON: Manchester United memanfaatkan peluang sepenuhnya ke atas Wolverhampton yang beraksi dengan hanya 10 pemain apabila menewaskan pasukan lawan 5-0, malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan cengkaman United selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Penyerang sensasinya, Wayne Rooney mungkin gagal memahat nama sebagai penjaring di Stadium Molineux, namun dia layak diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan apabila mencipta gerakan untuk tiga daripada lima jaringan yang disempurnakan pasukan pelawat.

Tonggak pertahanan, Jonny Evans menjaringkan gol pertamanya buat United pada minit ke-21 selepas hantaran sudut cantik yang diambil oleh Rooney disambut Michael Carrick.

United terus menguasai perlawanan menerusi jaringan Antonio Valencia, Danny Welbeck dan dua gol oleh Javier Hernandez pada separuh masa kedua.

Kekalahan besar Wolves diburukkan lagi dengan layangan kad merah terhadap pemain pertahanannya, Ronald Zubar pada minit ke-39 selepas menerima dua kad kuning.

Kemenangan itu meletakkan United empat mata mengatasi pencabar terdekatnya, Manchester City menjelang pertemuan dengan Chelsea di gelanggang sendiri, Rabu ini.

Barisan pemain:

Wolves: Hennessey, Zubar, Bassong, Stearman, Ward, Davis, Edwards, Foley, Jarvis, Doyle, Fletcher. Pemain gantian: De Vries, Johnson, Berra, Hunt, Kightly, Jonsson, Ebanks-Blake.

Manchester United: De Gea, Evra, Ferdinand, Evans, Rafael, Valencia, Welbeck, Carrick, Scholes, Hernandez, Rooney. Pemain gantian: Amos, Fabio, Smalling, Giggs, Park, Pogba, Young.

Gelanggang: Stadium Molineux

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain