suria

SUKAN SEA: Bola Tampar Tewas Di Separuh Akhir

PALEMBANG: Kemaraan pemain bola tampar pantai negara pada temasya Sukan SEA ke-26, Beh Shun Ting dan Luk Teck Hua tersekat di peringkat separuh akhir.

Gandingan Shun Ting dan Teck Hua selaku pilihan kedua kejohanan kalah kepada gandingan kedua Thailand Kamoltip Kulna dan Varapatsorn Radarong, 14-21 dan 13-21 pada perlawanan di Gelanggang Bola Tampar Pantai, Kompleks Sukan Jakabaring.

Mereka akan bertemu dengan gandingan pilihan pertama dari Thailand, Usa Tenpaksee dan Jarunee Sannok pada perlawanan penentuan pingat gangsa esok.

"Boleh dikatakan mereka seperti tidak menentu bila bertemu dengan pasangan dari Thailand. Seolah-olah ada badi. Semua yang mereka cuba lakukan tidak menjadi.

"Mereka (Shun Ting dan Teck Hua) tidak bermain seperti dalam perlawanan suku akhir (menentang Indonesia). Mereka langsung tidak membuat serangan... ...spike pun tidak menjadi," kata jurulatih, Lim Poh Hong kepada Bernama. Katanya, pemain mungkin merasa letih selepas bertungkus lumus bertarung di peringkat suku akhir yang berlangsung pada sebelah pagi.

"Kalau ikut kepada kebiasaan jadual perlawanan dalam mana-mana temasya sukan, pertandingan peringkat separuh akhir selalunya akan berlangsung pada hari berikutnya selepas perlawanan suku akhir berlangsung," katanya.

Lim berharap pemain-pemainya itu dapat memberikan konsentrasi yang terbaik dalam perlawanan penentuan pingat gangsa esok.

Artikel Sebelum

Wushu Lelaki Hadiah Emas Pertama

Artikel Berikut

Acara Sukan Sea Ke-26, Khamis

Artikel Lain