suria

Gol Messi Bantu Barca Kekal Teratas

Messi (kanan) membantu Barca mengekalkan kedudukan selaku pendahulu saingan La Liga.
 Messi (kanan) membantu Barca mengekalkan kedudukan selaku pendahulu saingan La Liga.
Messi (kanan) membantu Barca mengekalkan kedudukan selaku pendahulu saingan La Liga.

MADRID: Bintang Argentina, Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 untuk membantu Barcelona menundukkan Athletic Bilbao 2-1 pada Ahad.

Kemenangan itu meletakkan Barca kekal selaku pendahulu di depan Real Madrid dengan kelebihan lima mata.

Barcelona nyaris melepaskan dua mata selepas Andoni Iraola berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

David Villa meletakkan Barca di depan seawal minit ketiga sebelum Messi meledak gol ke-25 dalam aksi La Liga musim ini untuk merampas kembali tiga mata di Nou Camp.

"Kami tidak boleh melakukan kesilapan dengan mudah kerana Real Madrid semakin menghampiri kami. Kami perlu menang setiap perlawanan," katanya.

Ia adalah perlawanan ke-100 Barca dibawah pimpinan Pep Guardiola dan beliau menarik nafas lega selepas pasukannya bangkit selepas tewas kepada Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu.

Real Madrid berjaya menundukkan Levante 2-0 dalam usaha untuk merapatkan jurang mata tetapi Barca tampak bekerja keras untuk mencatat kemenangan.

Bilbao nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-10 menerusi percubaan Fernando Llorente yang dilorong ke arah Markel Susaeta tetapi tandukannya tersasar jauh.

Villa tampak garang dan hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-26 tetapi rembatannya terkena palang.

Pemain pertahanan Perancis, Eric Abidal menjatuhkan Llorente di dalam kotak penalti. Akibat insiden itu, Bilbao dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Iraola pada minit ke-50.

Artikel Berikut

Artikel Lain