suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferguson Kecewa Aksi Pemain

PENGURUS pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson mengakui sedikit kecewa dengan persembahan anak buahnya walaupun menang 1-0 ketika menentang Crawley Town pada saingan Piala FA Inggeris awal pagi Ahad.

“Mereka sepatutnya boleh seri dengan kami berdasarkan aksi pada babak kedua perlawanan. Memang tidak boleh dinafikan pasukan Crawley telah menunjukkan saingan sengit.

“Saya tidak mahu komen mengenai babak separuh masa pertama dan saya rasakan kami berada dalam keadaan selesa, namun segalanya berubah pada babak kedua. Kami selalu mengejar bola. Ia sememangnya mengecewakan saya.

“Kami mempunyai beberapa pemain yang tidak faham apa itu perlawanan FA. Bagi mereka ia adalah cabaran besar sahaja,” katanya.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh kapten United, Wes Brown pada minit ke-28 permainan.

Artikel Berikut

Artikel Lain