suria

Everton Mara Ke Pusingan Kelima, Ketepikan The Blues

PASUKAN Everton mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas menundukkan Chelsea 4-3 melalui sepakan penalti selepas saingan pusingan keempat di Stamford Bridge, Sabtu.

Biarpun pasukan tuan rumah dilihat menguasai perlawanan ini, namun pasukan kendalian David Moyes berjaya mematahkan setiap serangan yang dilakukan The Blues sehinggalah pada masa tambahan Frank Lampard berjaya menjaringkan gol pendahulan pada minit ke-104.

Dengan kehadiran seramai 41,113 penonton dari kedua-kedua pasukan, The Toffees tidak mudah mengaku kalah dan terus melakukan serangan kesilapan pemain tuan rumah ke atas Jagielka mendapat perhatian pengadil, sekali gus menerima sepakan percuma di luar kotak penalti.

Sepakan sempurna yang dilakukan Leighton Baines pada minit ke-119, menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech menjadikan kedudukan terikat 1-1 sebelum beberapa minit permainan ditamatkan.

Perlawanan diteruskan dengan sepakan penalti, dan episod malang juara bertahan bermula apabila sepakan yang dilakukan Nicolas Anielka berjaya ditepis keluar oleh Howard, manakala tendangan yang dilakukan Ashley Cole tersasar daripada pintu gol.

Frank Lampard, Didier Drogba dan Michael Essien berjaya melakukan sepakan yang menarik, namun gagal membantu pasukannya mara ke pusingan kelima.

Sementara itu, pasukan Everton berjaya melakukan empat tendangan penalti yang dilakukan oleh Phil Jagielka, Mikel Arteta, Johnny Heitinga dan sepakan terakhir Phil Neville mengesahkan The Toffees mara ke pusingan seterusnya.

CHELSEA: Cech, Ferreira, Ivanovic, Terry, Cole. Mikel, Ramires, Lampard, Kalou, Drogba, Malouda; Pemain simpanan: Turnbull, Essien, Zhirkov, Bertrand, Anelka, McEachran, Sala.

EVERTON: Howard, Neville, Distin, Jagielka, Baines, Coleman, Fellaini, Cahill, Arteta, Osman, Beckford; Pemain simpanan: Mucha, Hibbert, Heitinga, Bilyaletdinov, Anichebe, Duffy, Baxter

Artikel Lain