suria

Benjamin Khor Dan Seng Chye Pungut Gangsa Dalam Acara Menembak

NEW DELHI: Penembak negara memperolehi pingat gangsa pada hari ketiga Sukan Komanwel 2010 di Lapang Sasar Dr Karni di sini, Rabu.

Benjamin Khor dan Khor Seng Chye memungut 185 mata dalam acara double trap (berpasangan), di belakang penembak England yang memungut 189 mata untuk memperolehi emas dan tuan rumah India yang memungut perak dengan mata 188.

Setakat ini secara keseluruhan Malaysia memungut enam pingat iaitu dua emas, dua perak dan dua gangsa.

Keseluruhan acara hari ini mempertandingkan 27 pingat emas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain