suria

Thomas Tarik Diri Beraksi Di Delhi

HANYA tinggal sembilan hari sebelum tirai Sukan Komanwel membuka dibuka, kini tuan rumah lebih tertekan dengan penarikan diri juara Olimpik lumba basikal dari Wales, Geraint Thomas (gambar) dan tiga pelumba lain selepas beberapa jam kontinjen Wales yakin untuk terbang ke Delhi.

Jurucakap Wales berkata, pihaknya telah menerima pengesahan dari India mengenai keselamatan termasuk di perkampungan sukan, namun Thomas menegaskan dia menarik diri disebabkan risiko kesihatan.

“Ia memang keputusan mengecewakan tetapi risiko kebersihan dan risiko untuk mendapat penyakit amat tinggi,” jelas Thomas kepada BBC Sport Wales.

Katanya, risiko untuk mendapat penyakit amat tinggi kepadanya kerana sebelum ini dia pernah mengalami kemalangan yang berkaitan dengan bahagian organ dalaman.

“Saya sudah tidak benda yang boleh melawan jangkitan, sebab itu keputusan ini dibuat dan ia adalah terbaik untuk diri saya,” katanya

Sementara itu, pelumba pasukan Sky, Peter Kennaugh dari Isle of Man dan dua pelumba England, Ian Stanner serta Ben Swift turut mengambil keputusan menarik diri kerana risau dengan jangkitan demam denggi.

“Saya tidak berani mengambil risiko dijangkit penyakit pada tahap karier saya ini.

“Seperti sedia maklum, saya lebih menumpukan kepada impian saya pada Sukan Olimpik dan disebabkan itu saya tidak boleh mahu ketinggalan pada sesi latihan dan pertandingan musim sejuk ini,” kata kennaugh kepada Sky Sports.

Wabak denggi dikatakan berpunca daripada takungan air yang tidak dibersihkan di sekitar tapak pembinaan yang kini telah menyerang lebih seribu orang yang kini dirawat di hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain