36 Atlet Muda TErima Insentif Dari SportExcel - Sukan | mStar

36 Atlet Muda TErima Insentif Dari SportExcel

KUALA LUMPUR: Seramai 36 atlet muda berbakat menerima geran dari Yayasan Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) atas pencapaian cemerlang masing-masing.

Pengerusi SportsExcel Tan Sri Tunku Imran Almarhum Tuanku Ja'afar berkata yayasan itu sentiasa memupuk bakat dan kemahiran atlet juara melalui proses pembangunan bakat dengan bantuan pemegang kepentingan dalam badan itu.

"Sejak dilancarkan pada 1991, SportExcel tidak mengabaikan cabaran bagi memastikan atlet berbakat negara diberi platform jangka panjang bagi mengasah kemahiran masing-masing," katanya pada majlis penyampaian geran tersebut di Kelab Golf Diraja Selangor, Bukit Kiara, di sini, Jumaat.

Katanya untuk kekal relevan dalam sukan tanahair, yayasan itu perlu terus melabur dalam bakat-bakat baru dengan harapan dapat menjejak langkah atlet tersohor negara seperti pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David.

"Walaupun yayasan ini menghadapi banyak cabaran seperi penarikan diri syarikat sebagai pemegang kepentingan, kita terpaksa berhemah dalam perbelanjaan dan ia tidak membabitkan kepentingan atlet," katanya.

Katanya geran akan terus diberikan kepada atlet yang menunjukkan pencapaian memberangsangkan.

Atlet muda berusia di bawah 20 tahun menerima geran RM1,500 setiap seorang manakala RM1,000 kepada setiap atlet berusia bawah 13 tahun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

150 Peserta Sahut Cabaran Daki Gunung Tebu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Aksi Atlet Malaysia Jumaat

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain