suria

Els Antara Bintang Sertai CIMB Asia Pacific Classic

KUALA LUMPUR: Kejohanan golf CIMB Asia Pacific Classic Malaysia yang menawarkan hadiah US$6 juta (RM20.4 juta) di sini bulan depan menarik penyertaan pemain bergelar bintang, dengan pemain nombor satu PGA Tour FedexCup 2010 Ernie Els mengesahkan penyertaan.

Kumpulan CIMB dalam kenyataan pada Rabu berkata selain pemain ranking ke-11 dunia dari Afrika Selatan itu, mereka yang telah mengesahkan penyertaan ialah Bubba Watson, Jeff Overton, Tim Clark dan Adam Scott.

Watson, yang baru-baru ini berada pada ranking kelapan Tour, dan Overton (ranking keenam) juga adalah anggota pasukan United States' Ryder Cup 2010.

Pengesahan awal juga diterima daripada pemain nombor satu Asian Tour Noh Seung-Yul dari Korea Selatan.

Kejohanan PGA di Asia Tenggara akan menyaksikan pemenang membawa pulang US$1 juta (RM3.4 juta). Ia akan diadakan di Mines Resort & Golf Club dari 28 Oktober hingga 31 Oktober.

Tarikh tutup penyertaan ialah 1 Oktober untuk pemain PGA Tour dan 8 Oktober untuk Asian Tour.

"Kebanyakan pemain ini tidak pernah beraksi di Malaysia dan kami harap orang ramai akan datang untuk menyaksian pemain berbakat bertaraf dunia itu beraksi di Mines Oktober ini," kata ketua Kumpulan Komunikasi Korporat Kumpulan CIMB Effendy Shahul Hamid. Pihak penganjur juga mengumumkan kejohanan itu secara rasmi akan membawa sistem mata Official World Golf Ranking.

Ia diumum oleh Governing Board of the Official World Golf Ranking, yang dianggotai wakil dari Augusta National Golf Club, United States Golf Association, Royal and Ancient (R&A), PGA of America, PGA Tour, European Tour dan International Federation of PGA Tours yang dipengerusikan Sir Michael Bonallack.

Mata rasmi ranking golf dunia dikumpul melalui sembilan kejohanan profesional di seluruh dunia seperti PGA Tour, European Tour, Sunshine Tour, PGA Tour Australasia, Japan Golf Tour, Asian Tour, Nationwide Tour, Challenge Tour dan Canadian Tour. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain