suria

150 Peserta Sahut Cabaran Daki Gunung Tebu

KUALA TERENGGANU: Sebagai mempromosikan Gunung Tebu, kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi negeri Terengganu (Tenaga) akan menganjurkan pertandingan mendaki Gunung Tebu 2010 Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata setakat ini 150 peserta dari seluruh negara telah mengesahkan penyertaan masing-masing.

"Setakat ini, sambutannya sangat menggalakan tetapi kita hadkan kepada 250 penyertaan sahaja bagi melicinkan pertandingan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Rahin berkata, lokasi pertandingan ialah di Hutan Lipur Latar Belantan Jebi, Besut.

Beliau berkata, pertandingan itu terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita, veteran dan pelajar-pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Katanya, pendaftaran boleh dibuat di urusetia pertandingan di Latar Belantan dengan bayaran RM30 bagi kategori terbuka / tertutup dan pelajar RM15 seorang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain