suria

Sabah Juara Kejohanan Sukan SUK SeMalaysia

KUANTAN: Kontinjen Sabah muncul juara keseluruhan Kejohanan Sukan antara kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) SeMalaysia kali ketiga yang melabuhkan tirainya di sini, malam tadi.

Sabah mengutip dua emas, satu perak dan satu gangsa untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan manakala tuan rumah Pahang muncul Naib Juara dengan memungut dua emas diikuti Selangor ketiga dengan satu emas dan dua gangsa.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu melibatkan penyertaan 1,300 peserta dari 13 kontingen dengan enam acara dipertandingkan iaitu bola sepak, golf, bola jaring, badminton, boling dan ping pong.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut menyaksikan upacara penyerahan bendera kejohanan kepada kontinjen Sarawak yang akan menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan pada 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain