suria

Lippi Resah Buffon Cedera

Buffon meninggalkan padang dalam keadaan kecewa. Foto AFP
Buffon meninggalkan padang dalam keadaan kecewa. Foto AFP
Buffon meninggalkan padang dalam keadaan kecewa. Foto AFP

PENGURUS Itali, Marcello Lippi berkata, juara dunia Itali beraksi dengan cemerlang walaupun terikat seri 1-1 dengan Paraguay pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan F, awal pagi tadi.

Disebalik kegembiraan itu, Lippi bimbang mengenai kecederaan yang melanda penjaga gol, Gialuigi Buffon.

Buffon, penjaga gol pilihan pertama Itali terpaksa dikeluarkan pada babak kedua selepas menanggung kecederaan belakang yang diperoleh ketika sedang memanaskan badan dalam keadaan hujan.

"Dia mengalami kesakitan di bahagian belakang. Doktor pasukan akan memutuskan sama ada dia akan kembali untuk perlawanan seterusnya," kata Lippi.

Penjaga gol Juventus itu digantikan oleh Frederico Marchetti pada babak kedua ketika Paraguay mendahului 1-0 menerusi tandukan Antolin Alcaraz.

Anak buah Lippi ternyata tumpul tanpa pemain tengah kreatif, Andrea Pirlo yang tidak diturunkan akibat kecederaan dan hanya akan membuat penampilan pertama pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan.

Meskipun gagal menjinakkan tembok pertahanan Paraguay, Lippi tetap kagum dengan persembahan pasukannya.

"Saya amat berpuas hati dengan prestasi kami. Setiap lawan kami menyifatkan kami ancaman utama. Oleh itu saya amat gembira," tambahnya.

Itali mencipta beberapa peluang pada perlawanan itu tetapi berjaya mematahkan serangan balas Paraguay pada babak kedua.

"Hanya satu perkara yang mengecewakan saya iaitu kami sepatutnya menang pada perlawanan biasa seperti ini," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain