suria

SUKMA: Habuan Lumayan Menanti Atlet Jika Terengganu Muncul Juara

KUALA TERENGGANU: Habuan lumayan bakal diterima para atlet Terengganu jika berjaya mempertahankan kejuaraan pada Sukma ke-13 di Melaka yang akan bermula minggu depan.

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri menjanjikan RM5,000 bagi pingat emas, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000 yang dimenangi bagi menyuntik semangat para atlet.

Sekiranya Terengganu gagal muncul juara, para atlet tetap diberikan ganjaran iaitu RM3,000 bagi pingat emas, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Terengganu Sukma XIII Melaka 2010 di sini malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Terengganu akan menghantar 457 atlet dan pegawai bagi menyertai 32 jenis sukan dengan sasaran 66 pingat emas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain