suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ultra Racing Lepasi Cabaran 181 Pusingan

SEPANG:Pasukan Ultra Racing membuktikan kuasa enjin bukan segala-galanya selepas menjuarai edisi kedua Perlumbaan Sepang 1000 Kilometer yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.

Gandingan mantap pelumba Kenny Lee, Christopher John O'Shannessy dan Hsiao Tung Wei yang mengendali kereta Toyota Levin, berjaya menamatkan perlumbaan 181 pusingan itu dengan catatan masa 8'32:1.455 saat.

Juara tahun lalu, Pasukan Type R Racing yang bertanding dalam kategori Kelas 1 (1800cc) dengan mempertaruhkan kereta Honda Integra Dc2 bagaimanapun menduduki tempat kedua.

Pasukan yang diwakili Boy Wong, Soh Kee Koon dan Tek kean Kang itu sekadar menamatkan perlumbaan di belakang pasukan Ultra Racing.

Dalam pada itu, pasukan dari Singapura, ST Wangan Racing menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ketinggalan tiga pusingan di belakang juara. Mereka diwakili Aloysius Lek, Teh Kian Boon dan Desmond Soh menamatkan cabaran itu dengan bantuan kereta Honda Civic EK9.

S1K yang diperkenalkan tahun lalu sebagai acara sampingan dalam perlumbaan Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) tahun lalu, dirasmikan Pengerusi SIC Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir pada tengah hari semalam dengan penyertaan 56 buah kereta.

MMER dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos ini.

Artikel Lain