Arsenal Tolak Tawaran Barca Terhadap Fabregas - Sukan | mStar

Arsenal Tolak Tawaran Barca Terhadap Fabregas

LONDON: Arsenal menolak tawaran rasmi Barcelona terhadap pemain tengah, Cesc Fabregas yang dipercayai bernilai 29 juta pound (RM139.6 juta).

"Kapten Arsenal, Cesc Fabregas masih mempunyai kontrak dengan kelab itu sehingga musim panas 2015. Dia antara aset paling bernilai di sini dan menjadi sebahagian daripada perancangan kelab pada masa depan," kata jurucakap Arsenal dalam satu kenyataan semalam.

Tiga hari lalu, The Gunners menerima tawaran dari Barcelona terhadap Fabregas tetapi Arsenal pantas memberi amaran kepada juara La Liga itu dengan menegaskan mereka tidak berminat untuk menjual pemain muda tersebut.

"Untuk lebih jelas lagi, kami tidak akan melakukan sebarang cadangan balas atau mengadakan apa jua perbincangan," jelasnya.

Pemain berusia 23 tahun itu sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Nou Camp yang melatihkan sejak remaja sebelum dia berhijrah ke Emirates, tujuh tahun lalu.

Bulan lalu, Fabregas menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Barca. Hasrat itu sepatutnya semakin hampir direalisasikan dalam tempoh beberapa hari lalu.

Pengarah Urusan Barca, Joan Oliver memberitahu dalam laman web kelab itu bahawa semua orang tahu Fabregas mahu kembali ke Nou Camp tetapi Arsenal enggan melepaskannya.

Arsenal , Cesc Fabregas , Nou Camp , Barca , Joan Oliver

Artikel Berikut

Avram Grant, Pengurus Baru West Ham

Artikel Berkaitan

default image

Giliran Torres Jadi Tumpuan Barcelona

default image

Ferguson Intai Khidmat Krkic

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain