suria

Arsenal Tolak Tawaran Barca Terhadap Fabregas

LONDON: Arsenal menolak tawaran rasmi Barcelona terhadap pemain tengah, Cesc Fabregas yang dipercayai bernilai 29 juta pound (RM139.6 juta).

"Kapten Arsenal, Cesc Fabregas masih mempunyai kontrak dengan kelab itu sehingga musim panas 2015. Dia antara aset paling bernilai di sini dan menjadi sebahagian daripada perancangan kelab pada masa depan," kata jurucakap Arsenal dalam satu kenyataan.

Kelmarin, The Gunners menerima tawaran dari Barcelona terhadap Fabregas tetapi Arsenal pantas memberi amaran kepada juara La Liga itu dengan menegaskan mereka tidak berminat untuk menjual pemain muda tersebut.

"Untuk lebih jelas lagi, kami tidak akan melakukan sebarang cadangan balas atau mengadakan apa jua perbincangan," jelasnya.

Pemain berusia 23 tahun itu sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Nou Camp yang melatihkan sejak remaja sebelum dia berhijrah ke Emirates, tujuh tahun lalu.

Bulan lalu, Fabregas menyuarakan hasrat untuk berhijrah ke Barca. Hasrat itu sepatutnya semakin hampir direalisasikan dalam tempoh beberapa hari lalu.

Pengarah Urusan Barca, Joan Oliver memberitahu dalam laman web kelab itu bahawa semua orang tahu Fabregas mahu kembali ke Nou Camp tetapi Arsenal enggan melepaskannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain