suria

Brazil Resah Cesar Dilanda Kecederaan

PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar (gambar) terpaksa dikeluarkan pada babak pertama sebelum skuad kendalian Pengurus Dunga itu mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas Zimbabwe pada perlawanan pemanas badan Piala Dunia di Harare, semalam.

Dia dikeluarkan selepas minit ke-26 selepas menanggung kesakitan di bahagian dada dan memberi laluan kepada Heurelho Gomez untuk melakukan penampilan kelimanya di peringkat antarabangsa.

Cesar berjaya menepis percubaan kapten Zimbabwe, Benjani Mwaruwari dan penyerang Ovidy Karuru sebelum kesakitan di dadanya mula dirasai.

Doktor pasukan Brazil, Jose Luis Runco berkata, Cesar yang dianggap antara penjaga gol terbaik di dunia dibawa keluar sebagai langkah pencegahan awal selepas mengalami kesakitan di bahagian belakangnya.

Brazil meneruskan persediaan mereka menjelang kemuncak Piala Dunia dengan mencatat kemenangan besar ke atas Zimbabwe di Stadium Sukan Nasional di Harare.

Gol dari Michel Bastos, Robinho dan Elano membantu Brazil melakar kemenangan untuk kali keempat berturut-turut tetapi skuad itu mula resah apabila Cesar dilanda kecederaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain