suria

Avram Grant, Pengurus Baru West Ham

LONDON: Avram Grant yang meletakkan jawatan sebagai Pengurus Portsmouth bulan lalu, dilantik sebagai Pengurus West Ham semalam.

West Ham yang menduduki satu tempat di atas zon penurunan ke divisyen lebih rendah musim lalu telah memecat Pengurus Gianfranco Zola pada Mei lalu.

Zola telah memimpin kelab tersebut selama dua musim.

Pemilik bersama West Ham, David Gold dan David Sullivan yang mengambil alih kelab itu pada Januari lalu memilih bekas Pengurus Chelsea itu untuk menggantikan Zola.

"Saya teruja mengalu-alukan kedatangan Avram ke West Ham dan yakin dia akan menempa kejayaan.

"Kami telah mempertimbangkan pelantikan baru ini untuk suatu jangka masa dan yakin kami mempunyai calon yang sesuai," Sullivan menulis pada laman kelab itu (www.whufc.com).

Grant menandatangani kontrak selama empat tahun di Upton Park. - REUTERS

Artikel Lain