PUO, Politeknik Kota Kinabalu Muncul Juara Silat - Sukan | mStar

PUO, Politeknik Kota Kinabalu Muncul Juara Silat

KUANTAN: Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak muncul juara Kejohanan Silat Olahraga Majlis Sukan Politeknik Malaysia 2009 yang melabuhkan tirainya di Dewan Seri Makmum, Politenik Sultan Ahmad Shah (Polisas) di sini, hari ini.

PUO berjaya merangkul masing-masing lima pingat emas dan perak serta tujuh gangsa pada kejohanan itu manakala tuan rumah bergelar naib juara selepas memungut empat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Tempat ketiga dirangkul Politeknik Kota Bharu, Kelantan dengan memungut tiga emas, dua perak dan 11 gangsa pada kejohanan empat hari, yang disertai 328 pelajar daripada 16 politeknik.

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah bergelar juara pada Kejohanan Seni Bela Diri Majlis Sukan Politeknik Malaysia 2009 yang berlangsung di tempat sama dengan memungut 10 emas, satu perak dan empat gangsa manakala naib juara disandang Polisas selepas memungut enam emas, lima perak dan tiga gangsa.

Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak menyandang tempat ketiga apabila memungut lima emas, satu perak dan tujuh gangsa dalam kejohanan yang disertai 444 pelajar politeknik dari seluruh negara dalam 28 acara dipertandingkan pada kejohanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain