suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Farkhan, Fairus Tempah Aksi Final Tinju Hari Ini

VIENTIANE: Dua peninju kebangsaan, Muhamad Farkhan Mohd Haron dan Muhd Fairus Azwan yang berjaya mara ke perlawanan akhir kategori berat middleweight dan light heavyweight dijangka mampu menamatkan penantian lapan tahun pingat emas daripada acara tinju pada sukan SEA ke-25 di sini hari ini.

Pengurus pasukan tinju negara, Datuk Zakaria Nordin berkata dua peninju itu menjadi sandaran untuk menamatkan penantian emas daripada sukan tinju.

"Ini adalah peluang keemasan untuk memenangi pingat emas. Saya tidak berani hendak meramalkan peluang peninju kita di perlawanan akhir esok tetapi saya berharap sekurang-kurang seorang daripada mereka membawa pulang emas yang diidamidamkan," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Berlangsung di gelanggang Universiti Nasional Laos, Muhamad Farkhan akan menentang peninju dari Vietnam Cao Van Trong dalam kategori middleweight bawah 75kg manakala Muhd Fairus bertemu Ahmad Amri dari Indonesia dalam kategori light heavyweight bawah 81kg.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain