suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Mata Pisahkan S Anbarasi Daripada Emas

VIENTIANE: Beza dua mata menyebabkan pemanah negara, S.Anbarasi terlepas emas pada acara Recurve 70m wanita individu dalam temasya Sukan SEA ke-25, pada pertandingan di Lapang Sasar, Kompleks Sukan Nasional, di sini semalam.

Pemanah Malaysia itu memungut 101 mata untuk meraih perak sementara emas milik pemanah Indonesia, Novia Nuraini dengan kutipan 103 mata.

Malaysia turut mendapat gangsa menerusi Noor Aziera Taip yang mendapat 104 sementara lawannya, Thin Thin Khaing dari Myanmar memungut 96 mata.

Terdahulu, dalam saingan separuh akhir, Anbarasi terpaksa berhadapan dengan Noor Aziera tetapi pengalaman Anbarasi membolehkannya mengutip 106 mata sementara rakan sepasukannya itu mendapat 96 mata.

Dalam satu lagi persaingan separuh akhir, Novia menewaskan Thin Thin Khaing 104-100. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain