suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasukan UNITEN sertai perlumbaan kereta solar di Australia

KUALA LUMPUR: Pasukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dengan 16 anggota, berlepas ke Australia pada Ahad bagi menyertai Cabaran Solar Dunia 2009 dari 25 hingga 31 Okt ini.

Pasukan dikenali sebagai "Solar Ranger" itu diketuai naib canselor universiti berkenaan Prof Datuk Dr Mashkuri Yaacob.

Kereta solar ciptaan Uniten, "Solar Ranger 1", yang menggunakan logo "1Malaysia" itu, diangkut dengan kapal terbang ke Darwin pada 8 Okt, bagi menyertai perlumbaan tersebut yang meliputi jarak 3,021km, antara Darwin di Wilayah Utara dan Adelaide di Australia Selatan.

Uniten berkata kereta berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan telah menjalani beberapa siri pandu uji sejak April lepas.

Pengurus pasukan Prof Madya Halil Hussain berkata perlumbaan itu, yang bertujuan mempromosikan penggunaan tenaga lestari, adalah yang pertama seumpamanya ciptaan Uniten, selepas menjuarai Cabaran Basikal Solar Dunia enam tahun lepas.

Katanya pasukan itu menyasarkan dinobatkan antara 10 pasukan teratas pada perlumbaan berkenaan. BERNAMA

Artikel Lain