suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kafa puas hati prestasi Sathianathan

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berpuas hati dengan prestasi ketua jurulatih B. Sathianathan, yang sentuhannya telah berjaya membawa pasukan itu ke suku akhir Piala Malaysia.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata pada mulanya persatuan itu khuatir akan nasib pasukan selepas bekas ketua jurulatih Peter James Butler meninggalkan pasukan itu ketika ketika saingan Piala Malaysia hampir bermula.

"Tetapi nampaknya Sathianathan telah membuktikan komitmen dan berjaya menaikkan semula semangat pemain sehingga mampu mara ke suku akhir Piala Malaysia.

"Kafa berharap dengan sentuhan beliau, Kelantan bakal mara ke separuh akhir yang kemudiannya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia ini," katanya di sini, hari ini.

Peter yang berasal daripada England itu berjaya menaikkan nama Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim ini namun di saat pasukan sangat memerlukannya, jurulatih itu memberikan surat letak jawatan.

Jurulatih itu menyatakan masalah kesihatan isterinya sebagai punca beliau terpaksa melepaskan Kelantan dan pulang ke negara asalnya.

Namun Kafa berjaya menambat bekas jurulatih kebangsaan Untuk berkhidmat di negeri ini dan ditangannya Kelantan kini mengungguli Kumpulan E dengan mengutip 15 mata keseluruhan.

Kelantan bakal berdepan dengan KL Plus di Cheras minggu depan bagi saingan di peringkat suku akhir itu.

Sementara itu, Kelantan akan membuat persiapan awal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan sebaik sahaja berakhirnya Piala Malaysia musim ini.

Annuar berkata tidak keterlaluan Kelantan mensasarkan juara Liga Perdana dan Piala Malaysia untuk musim depan itu. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain