suria

KL'09: Malaysia raih dua gangsa dalam acara tenis berkerusi roda

KUALA LUMPUR: Skuad tenis berkerusi roda Paralimpik Malaysia memungut dua pingat gangsa ketika Thailand menguasai acara itu pada Sukan Para Asean kelima (KL'09) yang diadakan di Pusat Tenis Nasional di Jalan Duta di sini hari ini. Pingatpingat itu diperolehi menerusi pasangan beregu lelaki Abu Samah BorhanChe Abu Bakar Mat dan Norisah Baharom dalam acara perseorangan wanita.

Abu SamahChe Abu Bakar menundukkan pasangan Indonesia Ade Achman-Agus Fitriadi 2-1 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Terdahulu pada peringkat separuh akhir, pasangan Thailand Suthi Khlongrua-Sumrerng Kruamai menewaskan Abu Samah-Che Abu Bakar 20 manakala satu lagi pasangan Thailand Mergprom Suwitchai-Wittaya Peemmee mengalahkan Ade-Agus 2-0, sekaligus menyaksikan perlawanan akhir esok akan menemukan dua pasangan dari Thailand.

Sementara itu, Norisah yang tewas 0-2 kepada pemain Thailand Chusri Inthanin pada separuh akhir, menewaskan Nongnuch Roswan dari Thailand untuk menang pingat gangsa.

Perlawanan akhir perseorangan wanita esok merupakan pertemuan antara dua pemain Thailand iaitu Chusri dan Sakhorn Khanthasit.

Thailand mendahului sembilan negara lain dalam pungutan pingat acara tenis berkerusi roda dengan keseluruhannya mengutip tiga pingat emas dan satu perak, diikuti oleh Indonesia dengan satu perak, Malaysia (empat pingat gangsa) dan Filipina (satu gangsa).

Pingat gangsa pertama Malaysia dimenangi dalam acara berpasukan lelaki Sabtu lepas.

Pada hari terakhir saingan esok, akan diadakan dua perlawanan akhir iaitu perseorangan lelaki dan perseorangan wanita, yang kedua-duanya melibatkan atlet Thailand. BERNAMA

Artikel Lain