suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

200 pelayar dari 28 negara akan sertai

LANGKAWI: Sebanyak 28 negara termasuk tujuh negara bukan Asia telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan International Optimist Dinghy Association (IODA) Asia 2009 di sini dari 12 hingga 20 Disember ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah hari ini berkata negara bukan Asia tersebut ialah Amerika Syarikat, Greece, Poland, Croatia, Belgium, Australia dan New Zealand.

Katanya seramai 200 pelayar dijangka menyertai kejohanan Asia itu dengan setiap negara boleh menyenaraikan sehingga tujuh pelayar sahaja.

Katanya skuad Malaysia akan diwakili oleh dua pasukan dan lima pelayar yang menyertai Kejohanan IODA Dunia 2009 di Niteroi, Brazil, yang berakhir dua hari lepas. BERNAMA

Artikel Lain