suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hoki AHF: Iran mara ke perlawanan akhir

IPOH: Juara bertahan, Iran mengesahkan tiket ke perlawanan akhir kejohanan Hoki Dalam Dewan Persekutuan Hoki Asia (AHF) bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan lagi namun kejayaan Iran mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan sebelum ini membolehkan mereka menempah tiket awal ke perlawanan akhir Ahad ini.

Dalam perlawanan hari ini, Iran menewaskan Malaysia 'A' 40 dengan Zadeh Reza Norouz muncul wira Iran apabila mencipta hatrik menerusi jaringan pada minit kesembilan, ke-24 dan 34.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Abbas Aroui pada minit ke-22.

Dalam perlawanan sebelum ini Iran menewaskan Malaysia 'B' 61 dan Uzbekistan 71.

Dalam perlawanan lain hari ini, Malaysia 'B' dan Uzbekistan seri 3-3. Gol Malaysia 'B' dijaringkan oleh Ahmad Termidzi Ismail pada minit kesembilan dan ke11 serta Mohd Sybrie Shamsuddin manakala Uzbekistan pula memperolehi gol melalui jaringan Golib Qualandarov pada minit ke-13, Farhod Juraef (minit ke-34) dan Ravil Mamedov (minit ke-37).

Esok, Iran akan bertemu Thailand dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 4.30 petang dan Malaysia 'A' bertemu Uzbekistan pada pukul 6 petang.

Pertemuan Malaysia 'A' dengan Uzbekistan akan menentukan pasukan yang bakal menentang Iran pada perlawanan akhir nanti.

Bagaimanapun pasukan negara hanya memerlukan keputusan seri untuk bersamasama Iran di perlawanan akhir manakala Uzbekistan perlu menang sekiranya ingin mengetepikan peluang Malaysia 'A' untuk mara ke perlawanan akhir. BERNAMA

Artikel Lain