suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukan layar: Romzi duduki tangga keempat Kejohanan Laser Radial Dunia

LANGKAWI: Pelayar elit negara, Mohd Romzi Mohamad berjaya menduduki tempat keempat setelah menamatkan empat perlumbaan kategori individu pada hari kedua Kejohanan Laser Radial Dunia 2009 yang sedang berlangsung di Karatshu, Jepun.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdulllah berkata Mohd Romzi menunjukkan persembahan baik yang mempunyai harapan untuk memperbaiki kedudukannya pada baki perlumbaan seterusnya.

Dalam emelnya kepada Bernama, pelayar pelapis kebangsaan, Mohd Khairul Nizam Mohd Afendy menduduki tangga ke-35 kategori remaja manakala Harithammry Nasaution Hairudin di tangga ke-36.

Mereka masih mempunyai peluang untuk bersaing pada perlumbaan ini, katanya.

Mohd Afendy berkata, Malaysia sedang menyertai Kejohanan layar Optimist IODA di Brazil dengan lima pelayar untuk membawa cabaran.

Katanya Malaysia akan menerima bendera penganjuran dari Brazil untuk menganjur kejohanan itu pada tahun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain