suria

Liga Super: Tempat ketiga milik Kedah, PDRM tercorot

NAIB JUARA... Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM300,000 kepada ketua pasukan Perlis, Fauzie Nan (kanan) selepas diumumkan sebagai Naib Juara Liga Super musim ini di Stadium Utama Kangar malam tadi. Pada perlawanan malam tadi Perlis mengalahkan Polis Diraja Malaysia 2-1 di Stadium Utama Kangar untuk melengkapkan jadual saingan TM Liga Super musim ini. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perlis menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 21 untuk menduduki tangga kedua manakala Kedah menundukkan Pulau Pinang 10 bagi menguasai tempat ketiga pada saingan Liga Super yang berakhir malam ini.

Pahang dan PDRM masing-masing menduduki tangga terbawah liga.

Bagaimanapun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mengumumkan format baru pertandingan liga bagi musim depan tidak lama lagi dan kedudukan Pahang dan PDRM untuk turun ke Liga Perdana musim depan masih menjadi persoalan.

Memandangkan Selangor merangkul kejuaraan liga minggu lepas dan Perlis menduduki tangga kedua sebelum perlawanan malam ini, perhatian ditumpukan kepada temopat ketiga antara Kedah dan Terengganu.

Terengganu, yang memiliki 46 mata, boleh menduduki tempat ketiga jika Kedah kalah kepada Pulau Pinang tetapi Terengganu seri 11 dengan Negeri Sembilan manakala Kedah di tangga ketiga serta mengumpul hadiah RM150,000 selepas mengatasi Pulau Pinang 10.

Keputusan seri itu juga membawa padah kepada Terengganu ekoran pasukan Johor FC, yang menewaskan Kelantan 2-1, naik ke tempat keempat dengan 48 mata manakala pasukan pantai timur itu mengakhiri saingan musim liga dengan 47 mata.

Pada perlawanan lain, Perak seri 1-1 dengan UPB MyTeam di Ipoh dan KL Plus membelasah KM Naza 5-0.

Sementara itu, bekas pemain antarabangsa Mohd Nizaruddin Yusof dari pasukan Perlis merangkul anugerah Kasut Emas dengan 18 gol.

Saingan bola sepak tempatan akan bersambung semula dengan pertandingan Piala Malaysia Oktober ini. BERNAMA

Artikel Lain