suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iran dijangka mudah pertahan Kejuaraan Hoki Dalam Dewan

IPOH: Juara bertahan Iran dijangka tidak akan menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan takhta kejohanan Hoki Dalam Dewan Persekutuan Hoki Asia 2009 yang akan bermula di Stadium Indera Mulia di sini Isnin ini hingga Ahad depan.

Pengerusi kejohanan, Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata saingan bagi Iran sekali lagi adalah pasukan tuan rumah Malaysia yang tewas 07 pada perlawanan akhir kejohanan ulung yang berlangsung tahun lepas.

Beliau berkata lima pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan enam sebelah bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah itu.

Lima pasukan itu ialah Iran, Malaysia A, Uzbekistan, Thailand dan Malaysia b, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata India yang menghantar pasukan lelaki dan wanita pada tahun lepas menarik diri di saat akhir.

Dalam saingan kategori wanita bagi merebut Piala Raja Permaisuri Bainun, enam pasukan akan bertanding iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Iran, Thailand, Malaysia A dan Malaysia B. BERNAMA

Artikel Lain