suria

Chong Wei menangi emas mini olimpik sebelum ke kejohanan dunia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki No. 1 Dunia Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat emas Mini Olimpik pertama selepas menumpaskan bekas johan Seluruh England Muhd Hafiz Hashim di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini semalam. Peraih pingat perak Beijing itu yang baru saja pulang ke tanah air selepas latihan 10 hari ini Korea Selatan, dengan mudah menumpaskan Hafiz, pemain no 37 dunia, dengan mata 21-17, 21-10. Chong Wei yang merangkul empat kejuaraan super series tahun ini Terbuka Malaysia, Terbuka Swiss, Terbuka Indonesia dan Grand Prix Gold Terbuka Malaysia berkata: "Walaupun Mini Olimpik ini kejohanan kecil, saya sentiasa menganggapnya pertandingan pemanas yang tepat sebelum menyertai Kejohanan Badminton Dunia di Hyderabad, India." Kejohanan di Hyderabad itu akan disertai para pemain terkemuka dunia berlangsung dari 10 hingga 16 Ogos. Jurulatih Chong Wei, Misbun Sidek berkata: "Chong Wei perlu mengekalkan rentak menang sebelum kejohanan dunia itu bermula dua minggu lagi. Perasaan itu mesti wujud jika beliau mahu memenangi kejohanan itu".

Sementara itu, dalam perlawanan peringkat akhir lain, pilihan pertama Wong Mew Choo merangkul emas dalam acara perseorangan wanita selepas pemain ke 18 dunia itu mengatasi pilihan kedua Lydia Cheah Li Ya 24-22, 21-17. Dalam regu lelaki, pasangan tidak terpilih Chan Chong Ming/Chew Choon Eng memenangi emas selepas menundukkan satu lagi pasangan tidak terpilih Choong Tan Fook/Lee Wan Wah 16-21, 21-15, 24-22. Sementara itu, dalam regu wanita, pasangan no. 1 dunia Chin Eei Hui/Wong Pei Tty merangkul emas selepas mengalahkan pasangan tidak terpilih Choong Sook Chin/Woon Khe Wei 21-16, 21-17.BERNAMA

Keputusan Akhir: Perhatian: no.pilihan dalam parentesis [] Perseorangan lelaki: Emas dan Perak: Lee Chong Wei [1] klh Muhd Hafiz Hashim 21-17, 21-10;

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain