suria

Selangor tewaskan Persib Bandung 2-0 di Shah Alam

SHAH ALAM: Selangor menewaskan Persib Bandung 2-0 di dalam perlawanan sulung Piala Selangor di Stadium Shah Alam malam tadi.

Gol Selangor dijaringkan pada minit ke-56 hasil gerakan R. Surendran kepada Mohd Safee Mohd Sali, yang kemudian melakukan hantaran lintang di hadapan gawang Persib sebelum ditolak masuk oleh Bambang Pamungkas yang bermain sebagai pemain jemputan.

Empat minit kemudian Selangor mendapat gol kedua apabila serangan balas oleh seorang lagi pemain jemputan Elie Aiboy berjaya disepak masuk oleh Bambang untuk menewaskan penjaga gawang Persib Cecep Supriyatana.

Piala Selangor anjuran Persatuan Bolasepak Selangor buat julung kali diadakan pada tahun ini bagi menambah pendapatan persatuan bola sepak itu.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah dan piala kepada pasukan Selangor dan cenderahati kepada pasukan pelawat.

Selaku juara Selangor menerima hadiah RM30,000 manakala Persib mendapat RM10,000. BERNAMA

Artikel Lain