suria

PM rasmi Konvensyen Industri Sukan minggu depan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia 2009 (Kismas 2009) di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square, di sini 7 Ogos ini.

Institut Sukan Negara (ISN) dalam satu kenyataan berkata konvensyen dua hari bermula 7 Ogos itu bertujuan mengetengahkan sukan sebagai penjana ekonomi dengan pengurusan lebih profesional, teratur, berkualiti, kompeten dan menguntungkan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

"Konvensyen peringkat nasional dengan tema 'Sukan adalah satu industri' itu diadakan julungjulung kalinya dan dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui ISN," menurut kenyataan itu.

Antara pembentang kertas kerja pada konvensyen itu ialah David Gill (Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United), dan Datuk Azman Yahya (Pengerusi Suruhanjaya Sukan Bermotor Malaysia).

Konvensyen itu akan dihadiri 500 peserta yang terdiri daripada pemimpin, pentadbir, pengurus dan pegawai persatuan sukan, syarikat korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), bank serta badan bukan kerajaan (NGO).

Mereka yang berminat untuk menyertai Kismas 2009 boleh menghubungi Azman Maarof dengan menelefon 03-88713348 atau menghantar email ke alamat [email protected], atau hubungi Normila Ismail dengan menelefon 03-89929759 atau menghantar email ke [email protected]. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain