suria

Nicol buru hatrick pada Masters Singapura

SINGAPURA: Datuk Nicol David, pemain skuasy wanita nombor satu dunia, akan memburu kejuaraan ketiga berturut-turut buatnya pada kejohanan Masters Skuasy Wanita Singapura CIMB di Pusat Skuasy Kallang dari 5 hingga 8 Ogos.

Kejohanan itu yang berjaya menarik ramai pemain skuasy wanita dalam kedudukan 10 terbaik dunia akan menyaksikan pemain negara itu diletakkan sebagai pilihan utama, seperti dua edisi sebelum ini di mana beliau jelas sukar ditundukkan.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu dengan kejuaraan terakhirnya pada Sukan Dunia di Kaoshiung, Taiwan, terlebih dahulu akan beraksi pada Terbuka Malaysia bermula esok dan selepas itu Singapura.

Adik beradik Rachael dan Natalie Grinham, yang kini pada kedudukan ketiga dan keempat dunia, telah mengesahkan penyertaan pada Masters Singapura itu, selain penyertaan wakil Britain iaitu Jenny Duncalf, Alison Waters, Laura Lengthorn Massaro dan Madeline Perry.

Satusatunya pemain utama yang tidak turut serta adalah pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger yang kini pada kedudukan kedua dunia.

Presiden Persatuan Skuasy Singapura Desmond Hill mengalualukan kehadiran namanama besar skuasy pada kejohanan itu yang menawarkan keseluruhan wang tunai AS$53,000 (RM185,500). " Kejohanan Masters Singapura CIMB bukan hanya menarik nama-nama besar tetapi kejohanan ini juga menjadi pintu ke masa hadapan kerana kami mengalualukan pemain muda berpotensi seperti Kasey Brown dari Australia, pemain Mexico Samantha Teran dan Raneem elWeleily dari Mesir," katanya.

Malaysia juga akan diwakili oleh Delia Arnold, Sharon Wee, Low Wee Wern dan Wei Lin Hooi dalam kejohanan itu. BERNAMA

Artikel Lain