suria

Skuad layar Malaysia sasar tiga kelompok terbaik

LANGKAWI: Skuad pelayaran Malaysia mensasarkan tiga kelompok terbaik acara berpasukan pada Kejohanan Layar Optimist IODA Dunia 2009 di Brazil mulai 1 hingga 15 Ogos ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, lima pelayar Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Muhammad Farhan Hamid, Mohamad Faizal Norizan, Ahmad Syukri Abdul Aziz dan Nurliyana Mohamad Latif akan membawa cabaran negara pada kejohanan tersebut.

Malaysia meraih pencapaian terbaik pada kejohanan itu apabila muncul naib juara pada edisi 2005 di Switzerland manakala tempat ketujuh pada edisi 2008 di Turki, katanya melalui emel semalam.

Katanya seramai 300 pelayar dari 60 negara akan menyertai kejohanan tahunan itu dengan setiap negara disyaratkan menghantar lima pelayar.

"Ini sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2010 di China dalam kelas Optimist dengan sasaran dua pingat," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain