suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga Perdana: T-Team tundukkan Sabah 2-0

KUALA TERENGGANU: T-Team terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Harimau Muda apabila mengalahkan Sabah 20 dalam saingan bola sepak Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Dengan kemenangan malam ini, T-Team mengumpulkan 56 mata, tiga mata di belakang Harimau Muda dengan saingan Liga Perdana hanya berbaki satu perlawanan.

Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali muncul wira TTeam apabila menjaringkan kedua-dua gol pada malam tadi. Walaupun tanpa penjaring terbanyaknya, Mohd Haris Safwan Kamal, T-Team masih mampu mempamerkan corak serangan yang menarik.

Mohd Kamal Rodiarjat membuka tirai jaringan pada minit ke-35 setelah berlaku pergelutan di depan gawang gol Sabah diikuti gol kedua pada minit ke85 untuk kemenangan 20.

T-Team akan bertemu Shahzan Muda di Kuantan pada 2 Ogos dalam perlawanan terakhir Liga Perdana. BERNAMA

Artikel Lain