suria

Ivan ke separuh akhir Skuasy Remaja Lelaki Dunia

CHENNAI: Ivan Yuen menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Lelaki Dunia kali ke-16 selepas menewaskan pemain Mesir.

Amr Khaled Khalifa 30 pada saingan suku akhir di sini semalam.

Yuen, pilihan kedua, mudah menundukkan pilihan keenam dari Mesir itu 11-3, 11-8 dan 11-7 dalam masa 39 minit.

Dengan kemenangan itu, pemain Malaysia berusia 19 tahun itu akan bertemu Lucas Serme dari Perancis atau pemain Pakistan Aurangzeb Mehmund dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Awal tahun ini, Yuen muncul juara Remaja Asia yang juga diadakan di sini.

Seorang lagi wakil negara dalam acara lelaki itu, Mohd Zul Azri Azhar terkandas pada peringkat pertama kejohanan.

Dalam kategori perempuan, kesemua tujuh pemain Malaysia tersingkir dalam saingan kelmarin. BERNAMA

Artikel Lain