suria

Mona Allen syor nama Sharifah Husna kepada penerbit Indonesia, filem seram ‘Waru’ tayang di lapan negara

Husna cabar diri lakonkan filem bergenre seram.

PELAKON Sharifah Husna tidak pernah menyangka dapat melebarkan kariernya di negara jiran Indonesia apabila terpilih membintangi filem genre seram berjudul Waru.

Husna atau Sharifah Husna Syed Feizal, 30, berkata, tawaran itu diberikan kepadanya sebulan lalu selepas rakannya iaitu pelakon Mona Allen mengesyorkan namanya kepada penerbit filem berkenaan.

"Penerbit Waru iaitu Dewi Amanda pernah bekerjasama dengan Mona, jadi apabila pihaknya ingin menghasilkan filem berkenaan dia mencari pelakon Malaysia.

"Dewi bertanya kepada Mona calon sesuai dan dia memberi nama saya dan Alhamdulillah tawaran diberikan seminggu sebelum sambutan hari raya," katanya kepada mStar.

3532523

Husna bersama pihak penerbit filem WARU.

Dalam pada itu, Husna berkata, meskipun pada awalnya timbul rasa ragu untuk menerima tawaran itu namun dia membulatkan hati kerana tidak mahu melepaskan peluang diberikan.

Kata Husna, dia mahu keluar dari zon selesa dan terbang ke Jakarta, Indonesia pada 27 April lalu untuk menjalani penggambaran ditemani suami, Halim Radzi.

"Ini filem pertama saya dengan produksi Indonesia. Kalau cerita cinta memang saya tak fikir panjang tapi apabila diberitahu genre seram, saya ada sedikit keraguan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Husna nekad tinggalkan bidang perubatan, kejar impian dunia seni - “Biarlah apa orang nak cakap”

ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi sudah jadi suami Sharifah Husna, gementar sampai keluar air mata dinikahkan bapa mentua

"Saya pula jenis penakut tapi pada masa sama ini impian saya. Jadi saya kena keluar daripada zon selesa, beranikan diri dan buat yang terbaik," ujarnya.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran bersama krew luar negara, Husna berkata, dia perlu menghadiri kelas lakonan bersama pelakon lain.

Walaupun artis dia orang ramai pengikut di media sosial tapi mereka sangat baik dan rendah diri.

SHARIFAH HUSNA

PELAKON

Ceritanya lagi, wataknya dalam filem itu juga tidak memerlukan dia bertutur dalam bahasa Indonesia.

"Kelas lakonan disertai oleh semua barisan pelakon termasuk saya dan aktor Josiah Hogan.

"Hasil pemerhatian saya, meskipun pelakon-pelakon yang terlibat mempunyai ramai pengikut di media sosial namun mereka sangat merendah diri dan ramah membuatkan saya lebih tenang," katanya.

325235

Husna bersama barisan pelakon WARU.

Waru merupakan filem terbitan Johanes Rustam, Suresh Ratnakrishnan, Adytia Wulandari, Moch Sonny Inayatkhan, Witjaksono, Aji Fauzi dan Dewi Amanda diadaptasi dari sebuah novel terkenal.

Selain Husna Josiah, Waru turut menampilkan pelakon Zikri Daulay dan Bella Graceva yang mewakili Indonesia selain Bella Graceva dan Mathew William dari Australia.

Filem ini bakal ditayangkan di lapan negara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Australia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain