SELEPAS kontroversi Bella Astillah dan Sophia AlBarakbah kembali hangat diperkatakan gara-gara insiden janggal di pentas Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025, netizen mula membuat pelbagai spekulasi dan menyalahkan pihak penganjur, TV3.
Ramai berpendapat tindakan menjemput Bella sebagai penyampai trofi kepada Sophia dilihat sebagai satu gimik untuk mencipta drama ‘live’ demi meraih perhatian ramai.
Netizen mula mendakwa perkara itu sudah dirancang oleh pihak produksi TV3 untuk mencetuskan kontroversi, lebih-lebih lagi apabila reaksi Bella di atas pentas disifatkan sebagai terlalu janggal dan emosional.

Bella tidak salam mahupun pandang Sophia.
Malah, menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen mempertikaikan keputusan pihak produksi memilih Bella yang pernah terpalit konflik rumah tangga melibatkan Sophia.
"Melodi jemput Bella dan Syed Saddiq macam sengaja nak cetuskan kontroversi.
"Tiada common sense? Dah kenapa Bella yang nak kena umumkan Sophia menang? Tak boleh tukar penyampai lain ke?
"Walaupun Bella profesional, TV3 tak patut buat dia begitu," tulis netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tak salam dan pandang Sophia Albarakbah, netizen kata suasana atas pentas nampak ‘awkward’... “Yang ini saya kenal sangat”
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sophia Albarakbah tak rasa janggal terima trofi, Bella ‘cabut’ lari elak berdepan media… “Mungkin itu cara dia sampaikan anugerah”
Insiden berlaku ketika Bella menyampaikan trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat dan menyebut mengenali aktres berkenaan sebelum berpaling dan meninggalkan pentas tanpa berjabat tangan atau menyapa pemenang.
Sophia yang ditemui selepas acara tampil tenang dan berkata dia tidak rasa janggal atau terasa hati dengan apa yang berlaku.
Namun, Bella terus meninggalkan lokasi acara sebaik selesai AMT 2025, tanpa menyertai sidang media bersama artis lain.
Usaha media mendapatkan penjelasan daripada pihak Bella juga tidak berhasil apabila wakilnya memaklumkan dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.
Walaupun Bella profesional, TV3 tak patut buat dia begitu.
NETIZEN
Walaupun Bella memilih untuk berdiam diri namun orang ramai terus mempersoalkan etika produksi TV3 yang dianggap lebih mementingkan drama daripada nilai penganugerahan.
Terdahulu suasana pengumuman kategori Selebriti Feminin Terhangat seolah-olah kelihatan janggal apabila Bella dilihat terpaksa mengumumkan nama Sophia.
Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023.

Isu Bella dan Sophia kembali hangat diperkatakan.
Bella turut memuat naik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan berkaitan dakwaan mengganggu rumah tangga pasangan itu.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 dan disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


