suria

Video hubungan songsang tersebar, netizen petik nama Ajoi Zainal… “Itu bukan saya”

Ajoi nafi dirinya merupakan individu dalam video songsang yang tersebar di media sosial.

PENYEBARAN klip video pendek didakwa penyanyi Ajoi Zainal melakukan hubungan songsang di aplikasi X menjadi bualan hangat netizen sejak Khamis.

Menerusi Instastory, Ajoi atau Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 26, memuat naik satu hantaran dipercayai menjawab pertanyaan berhubung video berkenaan.

“Salam, itu bukan saya,” katanya.

NP-145

Ajpi menyatakan dia bukanlah individu dalam video yang tular berkenaan.

Dalam pada itu, Ajoi juga memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu tular berkenaan.

Malah peserta Big Stage 2022 itu sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengikutnya.

“Itu sahaja kenyataan dari saya, sekian.

“Selamat bersahur dan selamat berpuasa,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Peserta Big Stage 2022 Ajoi Zainal mohon masa selesaikan masalah, dedah punca hilangkan diri sempena Hari Kesihatan Mental

ARTIKEL BERKAITAN : Hidap anxiety dan ADHD, Ajoi Zainal hampir cederakan diri... sempat DM Sharifah Sakinah minta nasihat

Video yang berdurasi 2 minit 19 saat itu menjadi bualan hangat netizen dan rata-rata mendakwa individu dalam rakaman tersebut adalah Ajoi.

Pemilik akaun juga memberi petunjuk individu dalam video berkenaan adalah seorang penyanyi baharu (BBNU) dan peserta salah sebuah program nyanyian popular.

NP-144

Antara komen netizen yang mendakwa individu dalam video itu adalah Ajoi.

Lebih menguatkan spekulasi berkenaan apabila gambar Ajoi juga digunakan sebagai thumbnail sebelum video tersebut dimainkan.

“Nampak macam Ajoi.

“Ajoi ke? Betul ke ni?” tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain