suria

Cerita pengalaman sendiri, Zarina Anjoulie bukan nak sibuk hal Aliff Aziz dan Bella Astillah

Anju (kanan) tidak mahu masuk campur urusan Aliff, Bella.

SEKADAR berkongsi kisah pernah dicurangi, pelakon Zarina Anjoulie menafikan perkongsiannya di media sosial sebelum ini berkaitan rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astilla.

Pernah berdepan situasi sama, Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata apa dikongsi olehnya itu hanya mencerikan mengenai dirinya sahaja.

“Video terakhir yang saya buat tiada kena mengena dengan kes Bella. Saya tiada teman lelaki yang curang ke? Ini video fasal saya.

anju 3

Anju kongsi kisah pernah dicurangi.

“Saya hanya bual hal sendiri. Saya cerita tentang diri saya,” katanya.

Anju menulis perkara itu di Insta Story miliknya pada Sabtu.

Dia sebelum ini memuat naik video meluahkan perasaan dan pengalaman bagaimana disakiti seseorang dalam perhubungan terdahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bella Astillah tuntut cerai, Aliff Aziz pula tak muncul di mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran Bella Astillah dan media punca Ruhainies tak buka pintu, elak perkara tidak diingini berlaku

Ramai yang membuat andaian Anju bercakap mengenai Aliff memandangkan mereka sebelum pernah dikaitkan mempunyai hubungan rapat.

“Ada yang ingat saya sibuk kes Bella. Saya juga melalui situasi dalam hidup.

“Banyak lagi hal saya nak fikir dari sibuk hal orang lain. Saya ada kehidupan sendiri juga.

“Bukan Bella sahaja yang kena curang... ramai lagi. Saya juga salah seorang,” ujarnya.

anju 2

Anju kongsi nasihat kepada wanita yang pernah dicurangi.

Anju juga memberitahu dia bakal bercerita lanjut berkenaan cerita dicurangi itu dalam masa terdekat.

Menerusi video yang dikongsi, Anju menasihati orang ramai agar tidak terlalu berharap dalam sesuatu hubungan apalagi berkait lelaki curang.

“Kita tidak boleh ubah orang yang curang. Mereka lakukan apa yang mereka mahu.

“Apa yang boleh buat adalah refleks semula diri dan tanya kenapa kita terima semua ini,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain